Petua.

Perkongsian terutama untuk yang beragama Islam. (kisah kehilangan acap digua tempurung mbuatkan saya terpanggil utk menulis bingkisan ini)

Di dalam hutan sesungguhnya adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama Jin Kafir.

Jangan sesekali ketika mahu masuk ke dalam hutan, melafazkan ayat seperti ini

“Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau”

Jangan!
Syirik hukumnya.

Amalkan ayat ini ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali

Setiap langkah di baca doa ini :

“Salamun a’la sulaiman fil a’lamin”

-Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman

Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.

Amalan doa yang ini juga sangat sangatlah di galakkan baca terlebih dahulu sebelum masuk ke hutan

بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ

bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Barangsiapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

Marilah sama sama kita mengamalkannya. Sentiasa mulakan dengan bacaan doa bukan hilai ketawa sebelum masuk hutan.

◾Doa Tambahan untuk mengelakkan haiwan buas atau binatang berbisa

“Salamun a’la nuhin fil a’lamin”
-Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh

Semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT tak kira dimana kita berada.

Aamiin

Kredit Page : ustaz afifuddin shukri al kedahi

©

Assalamualaikum.

🕋Assalamualaikum

MUTIARA QURAN HARI INI

Allah SWT Berfirman:

Dan sesungguhnya, Kami telah memberi hikmah kebijaksanaan kepada Luqman, iaitu: “Bersyukurlah kepada Allah! Dan barang siapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur (kufur) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Lagi Maha Terpuji”.

[ QS Luqman ayat 12]